kenangan Terindah


Kenangan Terindah
Assalamualaikum w.b.t

Khusus buat sahabat-sahabatku yang sentiasa bersama daku di kala susah dan senang.. Mendengar keluh kesah luahan hatiku tatkala diri ini merasa kepahitan.. Bersama mengukir segala kenangan manis untuk dikenang..

Hadirnya tidak dipinta 
Perginya tanpa diduga 
Untuk apa pertemuan itu 
Andai ditakdirkan berpisah kita akhirnya? 

Sahabatku, 
Hadirmu tidak kupinta 
Datangmu silih berganti 
Membawa 1001 kenangan 
Yang terindah dalam hidupku 

Sahabatku, 
Pergimu tidak kuduga 
Meniti perjalanan hidup 
Yang penuh ranjau duri 
Demi menyahut cabaran masa depan 

Sahabatku,
Terima kasih kuucapkan
Kerna mewarnai liku-liku perjalanan kehidupanku

Sahabat 
Akan kuabadikan 
Segala kenangan kita bersama 
Pahit manis suka duka 
Terpahat kukuh di dalam sanubariku 


" Perpisahan adalah satu pengorbanan yang 
perlu kerana hidup hanya akan bererti bila kita 
tiba-tiba merasa kehilangan dan diperlukan”